Wednesday, February 16, 2011

DARI BILEK MAHKAMAH

Peguam Karpal Singh dikatakan
berjaya merobek hujah pihak
pendakwaan dalam perbicaraan
kes liwat membabitkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
pagi ini.
Peguam veteran itu berhujah
bahawa borang pro forma yang
diisi oleh doktor Hospital Kuala
Lumpur mempunyai perkataan
'cubaan meliwat' dan 'cubaan
seks oral'.
Bekas ketua, Unit Kemalangan
dan Kecemasan, Hospital Kuala
Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan
memberitahu mahkamah Saiful
memberitahu pasukan
perubatan bahawa dia telah
diliwat dan dipaksa melakukan
seks oral.
"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan'
tetapi 'liwat' dan 'seks oral',"
katanya.
Apabila ditunjukkan borang pro
forma form, Khairul Nizam (kiri),
bagaimanapun bersetuju
borang itu mencatatkan 'cubaan
liwat' dan 'cubaan seks oral'.
Sebalik semua ini, beliau
mempertahankan bahawa
pemeriksaan perubatan yang
dijalankan adalah bagi
memeriksa mangsa diliwat dan
melakukan seks oral.
Karpal kemudian bertanyakan
kepada Khairul Nizam, berulang
kali sama ada borang pro forma
itu adalah berdasarkan
wawancara dengan Saiful.
Saksi bersetuju tetapi
menekankan bahawa borang itu
hanya sebagai garis panduan.
"Bagaiamana anda boleh kata ia
liwat atau seks oral apabila
laporan menyatakannya sebagai
'cubaan'? soal Karpal.
Beliau kemudiannya terus
mengasak doktor berkenaan
dengan cara menyoal yang sama
sehingga Peguam Cara Negara II,
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
(kanan) - yang mengetuai
pasukan pendakwaan -
mencelah dan membantah
soalan yang berulang kali itu.
Menurut Karpal, maklumat
penting yang sepatutnya diisi
dalam borang pro forma itu
telah tidak diisi oleh doktor-
doktor.
Dr Khairul Nizam juga mengaku
tiada bukti klinikal yang
menunjukkan kemasukan
berlaku di dubur Saiful Bukhari
Azlan.
Menurut Khairul Nizam konklusi
laporan pro forma hanya dibuat
berdasarkan laporan kimia.
Ketika menjawab soalan Karpal,
beliau akui tidak mengisi borang
itu berhubung bukti fizikal
seperti kekoyakan otot serta
lebam di bahagian dubur seperti
yang lazim dilakukan ketika ujian
liwat.
Mahkamah gamat sedikit apabila
ditanya mengenai dakwaan
adanya seks oral berlaku ketika
kejadian.
Karpal juga bertanya adakah
Saiful pernah melakukan seks
oral, menyebabkan hadirin
menahan ketawa, namun
menurut Khairul, maklumat itu
turut tidak didapati dari Saiful.
'Maklumat penting' lain yang
tidak dicatatkan itu termasuk
keadaan yang menyebabkan
dakwaan kejadian; sejarah
perubatan pengadu kes; dan
pemeriksaan dubur untuk
menentukan sama ada mangsa
telah membuang air besar
ataupun tidak.
"Berdasarkan apa yang berlaku
pagi tadi, saya lihat pertuduhan
ini tidak kukuh..Saya meminta
Peguam Negara untuk masuk
campur dan menggugurkan
dakwaan ini kerana sudah jelas
keadaan.
"Menyambung kes ini hanya
akan menambah lagi kos dan
penggunaan wang rakyat," kata
Karpal kepada wartawan di lobi
mahkamah.

No comments: