Friday, January 21, 2011

Zaquan!!! Buat goal manyak manyak

SELAMAT PENGANTIN BARU

Zaquan Adha Bernikah Dengan Ayu Raudhah ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23 , menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26 , di Masjid Sultanah Bahiyah di sini Jumaat. Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat. "Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak. "Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat," kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini. Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, , dan Abdul Razak Salleh, 61.

No comments: