Sunday, January 30, 2011

TUNISIA DAN MESIR pada pandangan Yb.nurul izzah

Mengapa rakyat
Tunisia dan Mesir
yang tenang dahulu
bangkit? — Nurul
Izzah Anwar
30 JAN — Kebangkitan rakyat
adalah seperti satu tsunami yang
tidak dapat dihalang.
Kebangkitan rakyat adalah
menzahirkan jeritan batin akibat
“ dijajah” di negara sendiri yang
sudah melepasi faktor ketakutan
kepada kerajaan yang
memerintah dengan
penggunaan jentera propaganda
dan jentera keselamatan
berbekalkan gas pemedih mata,
meriam air berkimia, peluru
getah atau pukulan belantan
yang hanya berfungsi untuk
menyelamatkan atau
mempertahankan kepentingan
golongan pemerintah, bukannya
rakyat.
Politik ketakutan bertukar
menjadi politik harapan untuk
demokrasi sebenar dan bukan
demokrasi palsu yang menyekat
serta memenjara aspirasi dan
hak rakyat untuk hidup didalam
kemerdekaan.
Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia
dan Mesir yang Tenang dahulu
bangkit?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya
kepimpinan Negara tidak korup,
tidak zalim serta tidak
“ membunuh” jiwa dan raga satu
atau beratus atau beribu insan
biasa di jalanan , di penjara atau
di kawasan terpencil?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak berlaku sekiranya kekayaan
Negara diagih secara adil dan
bukan dicuri untuk keluarga dan
kroni melalui projek mewah,
pembelian harta kerajaan
berharga tinggi, monopoli
perniagaan, komisyen besar
tanpa melibatkan keringat
sebaliknya menerusi
penswastaan harta rakyat yang
merugikan? Mungkinkah
kebangkitan ini tidak akan
berlaku seandainya wanita
pertama menjadi “ibu” kepada
semua dan bukan menganak-
tirikan serta melarikan
jongkongan emas milik rakyat?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku sekiranya
khazanah Negara mereka
digunakan untuk meringankan
beban hidup akibat kos yang
meningkat dengan tidak
memotong subsidi rakyat
sedangkan subsidi peniagaan
kroni diteruskan?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya
golongan elit hidup mewah
diluar kemampuan dengan
rumah ibarat istana, kenderaan
ibarat pendati emas dan
perbelanjaan melampau ibarat
menghidupkan syurga di dunia
yang disaksikan rakyat yang
semakin hari dimiskinkan?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku sekiranya hak
bersuara termasuk kebebasan
media sebagai pengimbang
kuasa dan saluran suara
demokrasi rakyat tidak disekat?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya
pemimpin Negara bersedia
mendengar keluhan rakyat dan
berdebat secara terbuka untuk
mencari cara terbaik
membangunkan ekonomi
Negara untuk kesejahteraan
rakyat?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya
pengisytiharan darurat seperti
yang wujud di Mesir selama 30
tahun telah dimansuhkan?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku sekiranya
proses pilihanraya tidak
dimanipulasikan secara terang-
terangan untuk demokrasi palsu
melalui penipuan dan sogokan?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya
Negara kuasa besar ikhlas
menggunakan piawaian
demokrasi sebenar untuk menilai
Negara-negara ini tanpa
memberikan subsidi ketenteraan
yang sebenarnya digunakan
untuk “memerangi” rakyat dan
bukan untuk kegunaan
pertahanan ancaman luar?
Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku sekiranya
Demokrasi mereka dipulihkan?
Rakyat Tunisia dan Mesir sudah
tidak takut lagi.
Memang benar kata-kata Thomas
Jefferson; bila rakyat takut
kepada kerajaan, itu adalah
penindasan tetapi sebaliknya
apabila kerajaan takut (hormat)
rakyat, itu adalah kemerdekaan!
Marilah kita memikirkan apa
yang dapat dipelajari daripada
peristiwa yang sedang berlaku di
Tunisia dan Mesir sebagai
pembuka mata dan pembuka
hati agar kebangkitan rakyat ini
menjadi teladan dan sempadan
untuk kita segerakan pemulihan
demokrasi Negara dengan
tenang dan penuh bijaksana.
Semoga Tunisia dan Mesir
kembali Tenang dengan kuasa
rakyat dan demokrasi sebenar.
* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli
Parlimen Lembah Pantai dan
naib-presiden PKR.
* This is the personal opinion of
the writer or publication. Perlisnews does not
endorse the view unless
specified.

No comments: