Monday, January 24, 2011

Muda kaya dan bergaya

SM Faisal penerima termuda
darjah Datuk Wira
MELAKA 23 Jan. – Pengerusi
Eksekutif Bersama Kumpulan
Naza, Datuk SM Faisal SM
Nasimuddin hari ini
menerima Darjah Cemerlang
Seri Melaka (DCSM) yang
membawa gelaran Datuk
Wira daripada Yang Dipertua
negeri, Tun Mohd. Khalil
Yaakob.
Penganugerahan darjah
kebesaran itu adalah
sempena sambutan hari jadi
ke-72 Mohd. Khalil yang
berlangsung di Dewan Seri
Negeri, Ayer Keroh di sini.
SM Faisal yang berusia 31 tahun
merupakan penerima termuda
bagi darjah kebesaran DCSM.
Hadir sama, isteri Yang Dipertua
negeri, Toh Puan Zurina Kassim;
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.
Ali Rustam dan isteri, Datin Seri
Asmah Abdul Rahman;
Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Omar Kaseh dan Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN),
Datuk Othman Mohamad.
Turut menerima darjah
kebesaran hari ini ialah Ketua
Hakim Negara, Tun Zaki Azmi
yang menerima Darjah Gemilang
Seri Melaka (DGSM) membawa
gelaran Datuk Seri.
Setiausaha Akhbar Perdana
Menteri, Akmar Hisham Mohd.
Yusof @ Mokhles pula menerima
anugerah baru yang
diperkenalkan tahun ini iaitu
Darjah Pangkuan Seri Melaka
(DPSM) yang membawa gelaran
Datuk.
SM Faisal ketika ditemui selepas
majlis itu mengucapkan syukur
di atas pengurniaan darjah
kebesaran itu.
“Alhamdulillah, saya rasa terharu
dan ingin mengucapkan terima
kasih kepada Yang Dipertua
negeri dan Ketua Menteri serta
kerajaan negeri kerana
menganugerahkan saya DCSM.
“Saya agak terperanjat mendapat
anugerah ini dan lebih
mengejutkan apabila saya
dimaklumkan sebagai penerima
termuda, ” katanya.
Dalam pada itu menurutnya,
Kumpulan Naza merancang
terlibat dalam banyak bidang
perniagaan terutama automotif
dan hartanah di negeri ini.
“Kita sudah menjalin hubungan
kerjasama yang agak lama
dengan kerajaan negeri
khususnya dalam bidang
perhotelan. Kumpulan Naza kini
turut merancang menempatkan
kilang pemasangan kereta di
negeri ini. Perkara ini masih
dalam perbincangan.
“Bukan sahaja Melaka tetapi
banyak negeri lain turut
menawarkan tempat untuk
Kumpulan Naza beroperasi,”
ujarnya.
Sehubungan itu katanya,
pihaknya sedang
mempertimbangkan kesemua
tawaran itu dalam usaha
mengembangkan perniagaan.
Beliau melihat Melaka adalah
lokasi terbaik kerana kestabilan
politik dan kemajuan yang
dicapai dan ia cukup sempurna
untuk Kumpulan Naza
mengembangkan sayap di negeri
ini.

No comments: