Tuesday, January 25, 2011

Kabar dari saudara di seberang tambak

SINGAPURA
Bilangan penagih dadah baru
Melayu ditahan naik 19%
Oleh
Nurul Dayana Simangoon
HAMPIR separuh atau 50 peratus
penagih dadah baru yang
diberkas tahun lalu adalah
Melayu.
Bahkan bilangan penagih dadah
baru Melayu yang ditahan
meningkat 19 peratus tahun lalu,
berbanding tahun sebelumnya.
Meskipun demikian, bilangan
penghidu gam Melayu yang
diberkas pula kian berkurang.
Perangkaan Biro Narkotik Pusat
(CNB) terkini yang dikeluarkan
semalam menunjukkan bahawa
bilangan penagih baru Melayu
yang diberkas meningkat
daripada 218 penagih pada
2009 kepada 259 tahun lalu.
Sebahagian besar atau 45
peratus penagih baru itu pula
berusia 20 hingga 29 tahun, dan
kebanyakan mereka menagih
dadah jenis heroin dan
methamphetamine.
Secara keseluruhannya, jumlah
penagih Melayu yang diberkas
naik 7 peratus - seramai 894
penagih tahun lalu berbanding
832 pada 2009.
Namun, CNB menarik perhatian
bahawa meskipun jumlah
penagih Melayu yang diberkas
meningkat sedikit tahun lalu, ia
sebenarnya berkurang 43
peratus berbanding sedekad lalu.
Bagaimanapun, perangkaan
menunjukkan selain trend
penagih Melayu semakin
meningkat, masalah
penyalahgunaan dadah di
kalangan warga lain di sini kian
terkawal.
Secara keseluruhannya, bilangan
penagih yang diberkas
berkurangan 6 peratus -
daripada 1,883 penagih pada
2009 kepada 1,772, tahun lalu.
Bilangan penagih dadah Cina
turun 19 peratus manakala
penagih India pula, turun 10
peratus.
Namun, bilangan penagih India
baru yang diberkas naik
sebanyak 17 peratus.
Sementara itu, bilangan
penghidu gam Melayu pula turun
21 peratus - berkurangan
daripada 222 orang pada 2009
kepada 141 tahun lalu.
Trend itu merupakan satu
pencapaian yang baik
berbanding 2009 - ketika itu
bilangan penghidu gam Melayu
yang diberkas naik 10 peratus
dan kebanyakannya adalah belia.
Begitu juga dengan penghidu
gam India yang diberkas -
berkurangan 36 peratus.
Bagaimanapun, penghidu gam
Cina naik sedikit - daripada 275
penagih pada 2009 kepada 276
tahun lalu.
Secara keseluruhannya, bilangan
penghidu gam yang diberkas
berkurang 16 peratus - daripada
600 penagih pada 2009, kepada
504 tahun lalu.
Sebahagian besar atau 70
peratus yang diberkas tahun lalu
pula adalah belia berusia bawah
20 tahun.
Namun, bilangan penghidu gam
dalam golongan usia tersebut
yang diberkas turun 18 peratus
tahun lalu - daripada 427
penagih pada 2009 kepada 351
tahun lalu.
Seperti tahun-tahun lalu,
kebanyakan penagih yang
diberkas berusia 40 tahun ke
atas, sementara sebilangan kecil
atau 5 peratus berusia bawah 20
tahun.
Penagih berulang membentuk
sebahagian besar atau 71
peratus penagih yang diberkas,
dan 29 peratus pula merupakan
penagih baru tahun lalu - sama
seperti tahun sebelumnya.
Seperti tahun-tahun lalu, Melayu
membentuk majoriti atau 50
peratus penagih yang diberkas,
penagih Cina 33 peratus dan
penagih India 14 peratus.

No comments: