Thursday, January 20, 2011

JAGA YANG KENA DI JAGA

Dua anggota tentera
dituduh seludup 16
rakyat Myanmar
KANGAR, 20 Jan – Dua anggota
tentera didakwa di Mahkamah
Sesyen di sini hari ini atas
tuduhan memperdagangkan 16
warga Myanmar termasuk empat
wanita pada 29 Disember tahun
lalu.
Mohd Rashidi Abd Halim, 36, dan
Mohd Johari Abu, 28, yang
berkhidmat di sebuah kem
tentera di Bukit Kayu Hitam,
Kedah bagaimanapun tidak
mengaku bersalah atas
pertuduhan itu dan meminta
dibicarakan.
Kedua mereka yang menetap di
Jitra, Kedah dituduh mengikut
Seksyen 26A Akta
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007
yang dibaca bersama Seksyen 34
Kanun Keseksaan yang sabit
kesalahan boleh membawa
hukuman penjara tidak lebih 15
tahun atau denda atau keduanya
sekali.
Mereka dituduh melakukan
perbuatan itu pada 29 Disember
2010, kira-kira 10.40 malam di
ladang tebu Chuping dengan
menyeludup 16 warga Myanmar
berumur antara 15 dan 48 tahun
termasuk empat daripadanya
wanita.
Hakim Wan Norzanuar Wan
Ahmad memerintahkan setiap
tertuduh dikenakan jaminan
RM6,000 dengan seorang
penjamin serta menetapkan 22
Februari ini sebagai tarikh
perbicaraan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan
Pendakwa Raya Norsalihah
Sulaiman manakala kedua
tertuduh diwakili peguam
Rahmathullah Baharudeen.
Sebelum itu, Rahmathullah
memohon mahkamah
mengenakan jaminan yang
rendah berikutan kedua anak
guamnya tidak mempunyai
rekod buruk dalam
perkhidmatan mereka dan
berpendapatan kecil selain
mempunyai tanggungjawab
besar terhadap keluarga. –
Bernama

No comments: