Thursday, January 27, 2011

Cari pasal!!

Mekanik Yang Mengaku
'Pengganas' Didenda S$1,000
Oleh Mahkamah Singapura
SINGAPURA, 27 Jan (Bernama) --
Seorang lelaki yang memberitahu
pegawai bertugas di stesen
kereta api MRT di sini bahawa
dia adalah 'pengganas', didenda
$1,000 oleh Mahkamah Komuniti
Khamis.
Kevin Teo Kok Leong alias
Muhammad Riduan Teo, 33,
seorang mekanik, mengaku
menggunakan kata-kata ugutan
terhadap pegawai khidmat
pelanggan SMRT Suasni Samuri,
43, di stesen kereta api Dhoby
Ghaut pada 26 Nov tahun lepas.
Mahkamah diberitahu bahawa
Suasni sedang bertugas apabila
beliau melihat Teo memasuki
platform kereta api tanpa
menggunakan pas kereta apinya,
menurut laporan media
tempatan.
Suasni mengejar dan berjaya
menahan Teo, yang enggan
menyerahkan pas untuk
diperiksa.
Ketika Suasni cuba mendapatkan
maklumat daripada Teo, Teo
berkata: "Awak tahu siapa saya,
saya seorang pengganas, tahu
tak," menurut laporan Straits
Times.
Teo mengulangi perkataan itu
ketika ditanya mengenai apa
yang dikatakannya sebelum itu.
Dia boleh didenda sehingga
$5,000 kerana kesalahan itu.

No comments: