Thursday, August 12, 2010

Sapa kata orang kita tak pandai niaga?

Slalu gue dengar orang kita takda bakat jadi usahawan atau peniaga,tapi rupanya 100% silap.

Kalau korang balik sekolah atau keje,sila tengok di kanan kiri jalan berderet dan besepah gerai gerai peniaga melayu.merekalah usahawan usahawan yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan.
Tapak tapak niaga sampai tak cukup untuk menampung jumlah peniaga yang punya semangat bekobar kobar nak berniaga. Dari lorong ke lorong sampai ke lohong penuh orang berniaga.(hehehe sory gue tak tau cuti atau tak 'peniaga' lorong aji taib kl taem ramadan).
Tu gambaran semangat niaga dibulan ramadan.

Sekarang kita alih mata lihat semangat orang ibadah di bulan ramadan plak.korang mesti maklum,malam awal semua syaf penuh bahkan melimpah keluar.nak parking pun susah.

Dua senario kat atas kita lihat pada hari pertama puasa.saje gue tak sambung dengan minggu ke 2,3 atau 4 dengan harapan tahun ni semangat niaga tetap tinggi.demikian juga semangat ibadah tetap tinggi.bukan makin lama makin bekurang.