Monday, August 16, 2010

Jaman edan

Macam macam telah berlaku taem bulan ramadan tahun ni.patutpun manusia ni digelar je homo homini lupus dah makin terhakis dan hilang manusia sebagai homo hominni sosius.
Taem syaetan kena ikat rantai,kejadian 'diluar batas' tetap terus terjadi.entah apa plak gamaknya kalau syaitan tak kena ikat rantai.

Baru je semalam ada suami amuk masa makan sahur sampai makan korban,hari ni pulak seorang ayah menyimbah anaknya dengan acid(cuka getah).

Tu belum kira kes buang bayi kat merata tempat.makin masuk paper makin banyaknya pulak kes.hari hari jumpa bayi dibuang yang masih bernyawa dan tak bernyama.macam buang sampah sarap je.gue harap pelakunya bukan mahu niru kisah nabi musa.

Bukan takat bayi je kena buang,orang tua tua pun kena buang juga.huuhh.jaman gila atau jaman orang gila?sampai semua orang dah naik gila.

Gue agak pada tahun 2030 atau sebelumya akan jumpa satu senario masa bayi di bawa ke taska(taman asuhan kanak kanak)taem masa tua juga kena bawa kat taska(teman asuhan orang dewasa)hahaha pagi antar,petang ambik.hehehe nanti boleh wat reunion dengan member satu taska dahulu.
kalau antar terus kat rumah kebajikan nanti kata tak manusiawi plak.ringkasnya hari ini korang antar anak korang ke taska atau rumah pengasuh,esok lusa korang plak kena antar ke rumah penyayang oleh anak korang??? Tepuk dada tanya selera,hehehe atau tanya je pada rumput yang bergoyang....