Wednesday, March 2, 2011

Iklan Ekor

Ekor lembu atau ekor sapi?Dua dua bukan.Sebelum ini ada larangan penajaan mahupun iklan dari syarikat rokok mahupun arak di surat kabar berbahasa melayu kerana semua orang maklum arak itu haram dan rokok merosakan kesehatan.Tetapi yang mengherankan iklan keputusan nomber ekor tidak dilarang.Bahkan kalau diperhatikan semakin lama semakin berlambak.Mungkinkah fenomena ini dianggap biasa?Tetapi yang jelas dengan berlambaknya iklan berkaitan nombor ekor secara tidak langsung menunjukan peminat judi ekor semakin bertambah.Mungkin dalam hal ini media perlu diminta tanggungjawab sosialnya dengan tidak menerima iklan berkaitan nombor ekor.Iklan rokok dan arak boleh dilarang kenapa iklan nombor ekor tak boleh.?

No comments: