Sunday, October 26, 2014

aksi aksi kotor jdt vs felda piala malaysia 2014

Piala malaysia 2014 separuh akhir keduafinal_piala_malaysia
main bola apa main tarik tali?

LIVE STREAMING FINAL PIALA MALAYSIA 2014 JDT VS PAHANG

fonal piala malaysia 2014
Kemuncak piala malaysia 2014 akhirnya menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi bolasepak malaysia di final iaitu pahang dan JDT.
Bagi yang terkendala menyaksikan secara live di tv kerana berebut dengan ahli keluarga tengok tv lain lain chanel maka korang boleh tengok live streaming perlawanan final piala malaysia dengan tablet,pc,android dan yang sewaktu dengannya di rtm tv 1

Majulah sukan untuk negara

Friday, October 24, 2014

keputusan penuh perlawanan pahang vs kedah separuh akhir kedua piala malaysia


Piala Malaysia 2014
Separuh Akhir Kedua
24 Oktober 2014

Pahang 5 - 0 Kedah (Agg: 6-3)
4', 30', 37' Matias Conti
26', 74' R. Gopinathan



.

Wednesday, October 22, 2014

Live streaming separuh akhir kedua piala malaysia 2014 pahang vs kedah

Separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014
Kedah vs pahang
agregat (3-1)
LINK


LINK 2





Korang tinggal pilih chanel mana nak tengok

Tuesday, October 21, 2014

LIVE STREAMING SEPARUH AKHIR KEDUA JDT VS FELDA UTD


                                   Live streaming

                           
                               JDT VS FELDA UTD

LINK



Guna link ini kalau link pertama ada problem



keputusan penuh separuh akhir piala malaysia 2014 Felda Utd vs JDT

Keputusan Felda United vs Johor DT
Piala Malaysia 2014
Separuh Akhir Pertama
20 Oktober 2014

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 4 - 3 Johor DT
7' Edward Junior Wilson (FEL)
43' Ahmad Syamim Yahya (FEL)
52', 89' Jorge Pereyra Diaz (JDT)
61', 90'+3' Makeche Ndumba (FEL)
79' Luciano Figueroa (JDT)

Saturday, October 11, 2014

pembentangan belanjawan 2015

Berikut adalah teks ucapan penuh Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2015 itu bertajuk "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, Wa bihi Nastai'n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama
berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon limpah keberkatan juga inayah- Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.

2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat.

3.Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan Haji Akbar yang Mabrur hendaknya.

Tuan Yang Dipertua,

4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka, kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun kemas la
gi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada tahap yang ada pada hari ini.

5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil ketetapan-ketetapan dan keputusan- keputusan yang tidak popu lar. Namun, semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan rakyat sejak dulu, kini danselamanya.

Tuan Yang Dipertua,

6.Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya, kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang
ini pula, kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan.

7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh-sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serta politik.

8.Ternyata, bapa-bapa pimpinan terdahulu dengan bijaksana, telah menjalankan kewajiban masing-masing membentuk Malaysia menurut acuan tersendiri. Dimulai perjuangan oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Abdul Razak yang telah melaksanakan pembangunan dan menyusun semula struktur sosial masyarakat, Tun Hussein mengekalkan keamanan dan perpaduan, Tun Mahathir memodenkan negara....etc

Wednesday, October 1, 2014

petrol naik 20 sen

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat
kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30
seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan
masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95,
diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi
kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai
bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang
berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan
adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)
yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban
rakyat, termasuk:
Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.

Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan
mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan
berlebihan.