Wednesday, August 20, 2014

Pilihan raya lag I lepas raya

ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia akibat kanser
8:53AM Aug 20, 2014
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia

Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.

Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Noor Zahidi memenangi kerusi itu pada 2008 dan mengekalkannya dalam pilihan raya umum 2013, dengan majoriti lebih 1,700 undi.

Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi manakala calon PKR, Saharun Ibrahim mendapat 8,438 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Berikutan itu, pilihan raya kecil bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ia merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.

Saturday, August 9, 2014

Astro siar jadual waktu sholat salah?

Entah silap taip atau tak pernah di ceck,jadual waktu solat untuk
perlis waktu zohor tertulis pukul 7 patutnya pukul 1,gambar ini gua
ambik hari ini 9 ogos 2014

Thursday, August 7, 2014

Hebat menteri batalkan mad kredit HSBC


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kad kredit beliau dengan HSBC sebagai tanda bantahan terhadap penutupan akaun pertubuhan Islam yang menyokong Palestin oleh bank itu.
 
Pembatalan serta-merta itu dinyatakan dalam suratnya kepada ketua pegawai eksekutif HSBC, yang kemudian dimuat naik ke Internet.
 
Turut dimuat naik gambar beliau bergaya menggunting kad kredit itu.
 
"(Ini) protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin... saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," tulisnya dalam kapsyen gambar itu.
   
Bernama melaporkan tindakan Ismail Sabri mendapat banyak pujian daripada pengikutnya di Internet dan dikongsi meluas di alam maya.
 
The Guardian pada 30 Julai melaporkan tiga pertubuhan Islam, termasuk Masjid Finsbury Park, menuntut penjelasan daripada HSBC selepas dimaklumkan bank itu bahawa akaun mereka ditutup.
 
Pertubuhan-pertubuhan itu, termasuk Ummah Welfare Trust (UWT) dan badan pemikir Cordoba Foundation diberi notis dua bulan bertarikh 22 Julai atas alasan di luar "kaedah pengurusan risiko kami".
 
Pemegang amanah masjid Finsbury Park Khalid Omar berkata tiada sebab dinyatakan dan beliau menyifatkannya sebagai kempen Islamofobia terhadap pertubuhan Islam.

Sunday, August 3, 2014

perlis lebih perlu airport daripada kedah?

Ura ura airport antarabangsa akan dibangunkan di kulim kedah seperti
menyedarkan kita ternyata ada satu negeri yang belum memiliki lapangan
terbang iaitu perlis indra kayangan.kalau lihat size negeri mungkinkah
akan meniru negara jepun dengan membangun airport di atas pulau buatan
atau tebus guna pantai?




ARAU 2 Ogos - Kerajaan Pusat diharap
menimbangkan semula cadangan
pembinaan sebuah lapangan terbang di
Perlis sebagai projek pembangunan yang
bakal dilaksanakan dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMK-11) nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata,
ini kerana Perlis menjadi satu-satunya
negeri yang belum mempunyai lapangan
terbang sendiri.
"Tapaknya telah dikenal pasti iaitu di Sungai
Batu Pahat, Kangar yang didapati sesuai
untuk dibina lapangan terbang," katanya
kepada sidang akhbar selepas menghadiri
majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pauh di Pusat
Khidmat Wakil Rakyat Kawasan Pauh di sini
malam tadi.
Azlan berkata, cadangan itu antara projek
pembangunan di negeri ini yang
dibentangkan semasa kunjungan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul
Wahid Omar ke negeri ini pada 3 Julai lalu.
Beliau berharap cadangan itu akan
mendapat perhatian daripada Kerajaan
Pusat.
"Perlis sangat berharap projek pembinaan
lapangan terbang ini menjadi kenyataan
menjelang RMK-11," katanya.
Beliau berkata, dengan adanya kemudahan
pengangkutan udara itu dijangka dapat
menjana perkembangan ekonomi di negeri
ini.
Ini sekali gus akan mampu menarik
perhatian pelabur-pelabur untuk melabur di
negeri ini.
Selain itu katanya, pembangunan sektor
pelancongan di negeri itu juga dijangka
lebih rancak.