Thursday, May 29, 2014

SULTAN PERAK

KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak
yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat
jam 1.30 petang semalam.
Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara
Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat
pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana
Iskandariah, di sini.
Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan
Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang tadi.
Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan
Azlan Shah.

Wednesday, May 28, 2014

SRIKANDI PERLIS DI SUKMA 17

NOORMasayu Zahir Mozni muncul penyumbang pingat emas pertama kepada
kontinjen tuan rumah, Perlis bagi acara petanque pada temasya Sukan
Malaysia (Sukma) ke-17 hari ini.
Pada final di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, Noor Masayu
meraih emas dalam kategori shooting wanita menewaskan pencabar
terdekatnya Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali dari Terengganu dengan
mata 22-10.
Pingat gangsa menjadi milik Nurul Atiqah Abu Talib dari Negeri
Sembilan selepas mengalahkan Nur Syafiqah Abdul Razab dari Perak,
23-6.
Noor Masayu, 21, menyifatkan kemenangan beliau itu adalah hadiah
paling bermakna kerana meraih pingat emas buat pertama kali di Sukma
pada penampilan terakhirnya.
"Memang saya target untuk mendapat pingat emas lebih-lebih lagi
beraksi di tempat sendiri. Dalam tiga penyertaan Sukma sebelum ini
saya tidak mendapat sebarang pingat.
"Semangat dan berlatih bersungguh-sungguh membuatkan saya lebih yakin
pada perlawanan hari ini. Lagipun ini merupakan penyertaan terakhir
saya di Sukma, jadi saya memang main bermati-matian hari ini,"
katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu bagi acara kategori shooting lelaki, Ezri Hafizurahman
Razali dari Sarawak meraih pingat emas selepas menewaskan Mohd Adri
Abdul Jalil dari Terengganu dengan mata 27-24.
Pingat gangsa diraih oleh Shakirin Syed Abd Kadir dari Johor yang
mengalahkan Mohamad Zarol Islah Rashid dari Perak dengan mata 30-19.
- Bernama

SULTAN PERAK MANGKAT

IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat
sebentar tadi.
Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.
Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr
Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.
Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari
ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang
sepanjang tempoh itu

Sunday, May 25, 2014

barisan kepemimpinan fam 2014 - 2018

BERIKUTsenarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM
hari ini:
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

Saturday, May 24, 2014

ada dna babi pada produk coklat

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil
keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang
mengandungi DNA babi serta-merta.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut
akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.
"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah
melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi
penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan,
termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan
Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan
dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.
"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya
terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau
ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan
menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut,"
katanya