Wednesday, October 30, 2013

biaq merudum,singa utara tetap dihati

Buat kenangan masa jaya singa utara

Friday, October 25, 2013

harga gula naik mulai esok

Harga gula naik mulai esok 5:56PM Okt 25 2013 Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya. Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Wednesday, October 23, 2013

gambar kemusnahan akibat banjir di cameroon highland

Gambar kemusnahan akibat banjir disebabkan dibukanya pintu air
empangan di cameroon highland

Sunday, October 20, 2013

kuatnya pengaruh dssk di arau

inilah hasil demokrasi..kita mesti terima bahawa kepemimpinan datuk seri sahidan kasim dan keluarga masih diperlukan di umno bahagian arau
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan
Ketua Umno Bahagian Arau pada pemilihan
Umno Bahagian itu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno
Perlis Datuk Abdul Azib Saad mengumumkan
bahawa Shahidan mendapat 478 undi
berbanding pencabarnya Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan Perlis Jafperi Othman
yang mendapat 206 undi.
Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim pula
mengekalkan kedudukannya sebagai
Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau apabila
menewaskan pencabarnya Senator Khalid
Ahmad.
Ismail yang juga anggota Dewan Undangan
Negeri kawasan Tambun Tulang memperoleh
439 undi manakala Khalid yang merupakan
Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis
memperoleh 230 undi.
Sabtu lalu, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah
Md Yassin menang jawatan Ketua Wanita
Umno Bahagian Arau pada pemilihan sayap
parti itu, mengalahkan penyandangnya, Datuk
Mastika Junaidah Hussin.

jamalul kiram meninggal dunia!!!

MANILA 20 Okt. - Ketua kumpulan
pengganas Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III
dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini
akibat kegagalan fungsi organ.
Berita tersebut disahkan oleh anak
perempuannya, Jacel Kiram yang
menyatakan, Jamalul, 75, meninggal dunia
pada pukul 4.42 pagi tadi di Pusat Jantung
Filipina .
Jacel berkata, kemungkinan jenazah
bapanya akan dibawa pulang ke Jolo, Sulu. -
AGENSI

Saturday, October 19, 2013