Thursday, July 4, 2013

kes saman:lagi lagi utusan kalah lagi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini
memerintahkan akhbar milik Umno Utusan
Malaysia membayar ganti rugi RM250,000
kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri
Mohammad Nizar yang menang dalam kes
saman berhubung isu nombor pendaftaran
kenderaan WWW1.
Peguam Firtri Asmuni mengesahkan bahawa
mahkamah memerintahkan bayaran ganti
rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini
Saub mendapati Utusan memfitnah
Mohammad Nizar dalam kes tersebut.
"Bagaimanapun, Hakim Rosnaini tidak
menganugerahkan ganti rugi teruk,” kata
Asmuni ketika dihubungi.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan
membayar kos sebanyak RM30,000.
Hakim Rosnaini mendapati wartawan Utusan
Malaysia bertindak cuai dan tidak
mempedulikan ketepatan laporannya.
“Defendan dengan ini tidak berminat mencari
kebenaran. sehubungan itu boleh
dirumuskan bahawa penulisan dan
penerbitan berita itu telah didorong dengan
niat jahat di pihak defendan.
“Ini bermakna pembelaan ulasan saksama
dan perlindungan bersyarat tidak dapat
dipertahankan oleh pihak defendan.
“Adalah penting utk mendapat penerangan
dan pengesahan Nizar memandangkan
laporan berita itu menyentuh perkasa sensitif
dan melibatkan Sultan Johor.
“Tetapi wartawan Utusan itu tidak
menghubungi Nizar utk mengesahkan komen
sebenar beliau paparkan dalam Twitternya.
Sebaliknya wartawan Itusan itu tiada masalah
menghubungi Ketua Pemuda Umno Johor
Hakim itu juga berkata, beliau bersetuju
bahawa Nizar boleh dikritik namun ia tidak
memberi hak kepada defendan untuk
memutar belit dan memuatkan fakta salah
dan fitnah ke atas plaintif berdasarkan tulisan
plaintif di Twitter.
Walaupun tulisan tersebut adalah berhubung
twit Nizar, ia tidak memuatkan keseluruhan
mesej tersebut, katanya lagi.
Beliau juga mendapati penulis memasukkan
perkara yang tidak menggambarkan tulisan
Nizar, katanya.