Saturday, April 20, 2013

che johan yang takut jadi johan

KOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed hari ini terkejut dengan tindakan calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir
Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya di pusat
penamaan calon di sini.
Beliau berkata kepimpinan tertinggi BN Kelantan tidak dimaklumkan mengenai
keputusan Che Johan untuk tidak bertanding bagi kerusi itu, dan memandang
serius isu ini.
"(BN Kelantan) akan merujuk kes ini kepada Lembaga Disiplin parti," katanya dalam
khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Che Johan yang berada di tempat penamaan calon Parlimen Pasir Mas di Pejabat
Tanah dan Jajahan Pasir Mas pagi tadi, tidak menyerahkan kertas pencalonannya
kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Gahazali Mohamed.
Kegagalannya menyerahkan kertas pencalonan itu telah memberi laluan
pertandingan satu lawan satu kerusi berkenaan antara penyandang Datuk Ibrahim
Ali atas tiket Bbebas dan calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. - Bernama

Tuesday, April 16, 2013

calon bn perlis pru 13

#pru 13 Berikut adalah senarai penuh calon-calon BN negeri Perlis: Kerusi Parlimen: Kangar: Shaharuddin Ismail Padang Besar: Zahidi Zainol Abidin (Umno) Arau: Datuk Seri Shahidan Kassim Kerusi DUN : Titi Tinggi: Khor Hock Kong (MCA) Beseri: Mohd Rawi Kassim (Umno) Chuping: Azmaiza Ahmad Santan: Sabry Ahmad Bintong: Rela Ahmad Sena: Abdul Jamil Saad Indera Kayangan: Dr Por Choo Chor (MCA) Kuala Perlis: Mat Hassan Kayang: Ahmad Bakri Ali Pauh: Azlan Mat Tambun Tulang: Ismail Kassim Guar Sanji: Jafperi Othman Simpang Ampat: Nurhisham Yaakob Sanglang: Fathul Bari Mat Jahaya

Tuesday, April 9, 2013

Sudah sewajarnya pihak jakim/kerajaan bn menasihatkan para ulama minda pondok ni agar tak sesuka hati menjatuhkan hukum halal haram dalam mengundi.kalau halal haram dakwat kekal orang ramai sedia maklum.
Sekilas keputusan minda pondok ini menguntungkan bn tetapi akan jadi bomerang jika pihak berkuasa agama atau kerajaan berdiam diri saja atas fatwa ulama minda pondok.pengundi akan menyangka fatwa ini adalah rekayasa bn/umno.jadi seeloknya umno /bn menolak fatwa ini sebagaimana umno juga tidak setuju politik kafir mengkafir sesama orang melayu islam.

Haram sokong pembangkang PRU13,
kata ulama pondok

GURUN - Golongan ulama pondok hari ini
membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas
dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di
sini Islam.
Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan
jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana
membenarkan kalimah Allah digunakan oleh
bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun
Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP
kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas
menunjukkan perjuangan mereka.
"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk
menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam
sejarah," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama
bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah
Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat
kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga
hari hampir 150 orang tokoh ulama dan
kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok
Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang
bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan
mempertahankan agama Islam sebagai agama
rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas
daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah
Waljamaah yang muktabar, katanya.
Menurut Harun parti-parti pembangkang yang
memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH
oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan
nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam
dan menyesatkan.
"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan
bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada
penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan
membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia
(ALLAH).
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama
ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu
tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam
jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai
nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang
Islam dan bukan Islam," kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH
digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan
mereka memberi kesan bahawa semua agama
adalah sama dan diturunkan ALLAH.
"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam
kita lain pun sama, semua pihak akan
beranggapan semua agama adalah sama iaitu
agama ALLAH," katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam
soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan
solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH
S.W.T. - Bernama

Sunday, April 7, 2013

Manifesto bertemakan 'Menepati Janji
Membawa Harapan' itu, mengandungi janji
BN untuk membawa negara ke peringkat
lebih tinggi sekiranya diberikan mandate
baharu dalam pilihan raya umum ke-13
nanti:
1. Menangani Kos Sara Hidup:
* Menambah BR1M sehingga RM1,200
untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang
dengan bantuan secara tahunan
dikekalkan
* Mempertingkatkan Baucar Buku
1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan
Persekolahan kepada RM150
* Menyemak semula Dasar Automotif
Nasional bagi mengurangkan harga kereta
secara berperingkat antara 20 hingga 30
peratus serta meningkatkan daya saing
kereta nasional
* Menambah bilangan Kedai Rakyat
1Malaysia
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di
stesen minyak dan pasar raya besar
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam
kawasan komuniti padat penduduk
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan
Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-
kurangnya 20 peratus dengan jaminan
bandwidth internet
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi
barangan keperluan asas
* Memperkenalkan lebih banyak produk
1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan
sektor swasta
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
* Menstruktur semula kerajaan termasuk
mewujudkan kementerian baharu seiring
dengan anjakan corak demografi bandar di
negara ini dan menangani cabaran social
dan ekonomi bandar
* Menambah perwakilan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat
awam dalam kerajaan tempatan
* Memulihkan semula rumah kos rendah
dan flat di bandar-bandar
* Mengambil alih penyelenggaraan
prasarana perumahan awam
* Menyediakan perumahan awam berkualiti
khusus untuk generasi muda yang mencari
kerja
* Membina kemudahan dan kawasan
rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di
bandar
* Memastikan kemudahan pendidikan,
latihan dan perkhidmatan kesihatan
* Menambah baik rangkaian pengangkutan
antara bandar dan penempatan
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah
(pusat perlindungan sementara untuk
golongan gelandangan) di kawasan yang
diperlukan
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
* Membina 1,000,000 buah rumah mampu
milik - digerakkan oleh sektor awam dan
swasta - termasuk 500,000 buah rumah
PR1MA
* Memastikan harga rumah PR1MA
sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah
harga pasaran
* Memperkenalkan skim sewa dan milik
untuk projek perumahan kerajaan
* Memulihkan semula projek perumahan
terbengkalai untuk melindungi pembeli
rumah
* Mengambil alih penyelenggaraan semua
Projek Perumahan Awam
* Membantu pemilik rumah berpendapatan
rendah dan miskin untuk memperbaiki
rumah mereka
* Menggantikan kawasan setinggan
dengan kawasan perumahan tetap yang
selesa
* Memperbaiki perumahan estet dan
menyediakan rumah untuk bekas pekerja
estet melalui perkongsian kerajaan-estet
* Memansuhkan yuran setem untuk
pembelian rumah pertama berharga di
bawah RM400,000
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan
Kesihatan Berkualiti
* Membangunkan sistem nasional yang
akan menyediakan akses penjagaan
kesihatan yang berkualiti kepada semua
rakyat
* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat
Jantung di hospital-hospital utama di setiap
zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak
* Mewujudkan kemudahan awam untuk
rawatan dialisis buah pinggang di setiap
kawasan penduduk berkepadatan tinggi
* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada
rakyat Malaysia yang memerlukan bagi
membolehkan mereka mendapat diskaun
harga untuk ubat-ubatan tertentu
* Memperkenalkan sistem sokongan
kepada rumah penjagaan untuk golongan
warga tua dan mereka yang menghidap
sakit kronik
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat
Pengangkutan Awam
* Mengembangkan perkhidmatan sistem
bas Rapid ke setiap ibu negeri yang
lengkap dengan kemudahan untuk
golongan berumur dan kurang upaya
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT
dan komuter
* Membina terminal bas, rel, dan teksi
bersepadu di semua pekan dan bandar
* Menyusun semula laluan bas untuk
memastikan perkhidmatan yang lebih
cekap dan memudahkan rakyat
* Meningkatkan jumlah permit teksi
individu
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan
tinggi dan memperluaskan sistem landasan
kereta api berkembar
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf
Dunia dan Transformasi Luar Bandar
* Memperbanyakkan lorong dan susur
keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan
Borneo bermula dari Semantan di Sarawak
hingga ke Serudong di Sabah
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur
dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-
Segamat
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu
dari Banting-Taiping
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar
secara berperingkat
* Melaksanakan konsep Kampung Abad
ke-21 bagi melonjak transformasi luar
bandar dan membawa komuniti berkenaan
ke dalam pembangunan arus perdana
* Membina 6,300km lagi jalan raya
berturap di Semenanjung Malaysia,
2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak
yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3
juta penduduk
* Menyelesaikan masalah bekalan air
terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan
dan Kelantan
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk
320,000 rumah lagi di seluruh negara
* Mempertingkatkan bekalan tenaga
elektrik kepada 6,000 rumah lagi di
Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan
80,000 rumah di Sarawak
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan
telekomunikasi untuk memastikan kualiti
perkhidmatan telefon bergerak dan liputan
memuaskan di seluruh negara
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan
Inovatif
* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion
dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu
dengan 2 juta daripadanya dalam sektor
berpendapatan tinggi
* Mencapai pendapatan per kapita AS
$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
* Menyediakan insentif khas untuk
perniagaan inovatif dan kreatif bagi
menjana lebih banyak pekerjaan dan
kejayaan
* Melaksanakan dasar yang adil dan
saksama kepada semua kaum di Malaysia
termasuk dasar menyokong pertumbuhan,
penglibatan besar-besaran sektor swasta
dan pembangunan pasaran modal
* Mempertingkatkan agenda Bumiputera
termasuk Bumiputera di Sabah dan
Sarawak menerusi penyediaan peluang-
peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh
(misalnya kemudahan pinjaman dan
latihan) dan sokongan institusi
* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan
negeri bagi menyediakan lebih banyak
tanah dan meningkatkan produktiviti tanah
sedia ada untuk meningkatkan
pengeluaran makanan dan ternakan
* Membuat pembaharuan dalam struktur
cukai sedia ada ke arah sistem percukaian
yang lebih terbuka serta mengurangkan
cukai individu dan korporat secara
berperingkat
* Meneruskan bayaran tunai khas dan
pemberian dana untuk perbelanjaan
operasi dan pembangunan sehingga
melebihi 20 peratus daripada perolehan
minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak,
Terengganu, Kelantan dan Pahang
* Melaksanakan pelan transformasi SME dan
melahirkan Syarikat Dagangan Negara
untuk meneroka pasaran antarabangsa
bagi produk SME
* Melahirkan lebih banyak juara di
peringkat serantau dan global dalam
kalangan masyarakat Malaysia
* Memastikan GLC terus membantu
pembangunan usahawan melalui
pemindahan pegangan bukan strategik GLC
dan memperhebatkan program
penyumberan luar kepada syarikat
Bumiputera
* Menyediakan dana saham amanah RM500
juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti
komuniti India kepada sekurang-
kurangnya 3 peratus
* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan dasar
untuk mempertingkatkan kehidupan
masyarakat India
* Meningkatkan akses kredit mikro untuk
semua rakyat Malaysia, termasuk RM100
juta diperuntukkan kepada penjaja dan
peniaga kecil
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan
Negara:
* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori
tiga teratas' dalam sistem pendidikan
terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti
sekolah kebangsaan
* Memperbaiki penguasaan Bahasa
Malaysia dan Inggeris dalam kalangan
pelajar dari tahap prasekolah, dan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di
semua sekolah
* Memperbaiki akses untuk pendidikan
berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan
luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
* Menyediakan lebih banyak biasiswa
berdasarkan merit dengan peruntukan
khas kepada komuniti yang kurang
bernasib baik
* Meneruskan peruntukan khas kepada
semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab
Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama
Penuh dan sekolah mubaligh
* Mengembangkan persekolahan satu sesi
* Merombak institut-institut perguruan dan
menaikkan syarat pengambilan guru
pelatih
* Memperkenalkan sistem pembelajaran
dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa
Malaysia di sekolah Cina dan Tamil
* Membina lebih banyak sekolah, meliputi
semua jenis sekolah, di kawasan yang
mempunyai permintaan tinggi
* Mempertingkatkan prestasi mata
pelajaran Matematik dan Sains, dan
membentuk kemahiran berfikir yang tinggi
dalam kalangan pelajar
* Menyediakan insentif kewangan
sebanyak RM100,000 setahun kepada
sekolah yang menawarkan kelas
pendidikan khas
* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil kepada sekolah bantuan penuh
kerajaan jika sekolah berkenaan ingin
berbuat demikian
* Berikirar menyediakan makmal ICT di
sekolah-sekolah yang memerlukannya
* Mentransformasikan sekolah vokasional
menjadi kolej dan menambah kemasukan
pelajar sebanyak 20 peratus
* Memperluaskan pendidikan prasekolah
meliputi semua jenis sekolah
* Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi
membolehkan 420,000 guru dinaikkan
pangkat segera berdasarkan prestasi
* Menyediakan jalur lebar WiFi secara
percuma dan terjamin di semua kampus
institusi pengajian tinggi awam
* Memperkenalkan skim pemilikan
komputer riba di sekolah-sekolah bersama
dengan kemudahan Internet
9. Meningkatkan Keselamatan Dan
Ketenteraman Awam:
* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM,
dengan tambahan 4,000 anggota polis
pada setiap tahun
* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-
lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi
jenayah jalanan
* Mengukuhkan Unit Rondaan
Bermotosikal PDRM dengan menambah
5,000 buah kenderaan tambahan
* Menambah baik kebajikan,
profesionalisme dan keupayaan Polis,
Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia
* Meningkatkan keupayaan keseluruhan
Angkatan Tentera Malaysia untuk
menangani apa jua bentuk pencerobohan
dan ancaman luar
* Mempertahankan dan memperkuatkan
Suruhanjaya Polis
* Menggunakan sistem 6P untuk
mengekang pendatang asing tanpa izin
* Mewujudkan Program SafeCam untuk
menghubungkan sistem CCTV swasta
dengan awam
* Mengembangkan secara meluas
penggunaan CCTV untuk memantau
kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk
seperti kawasan letak kereta, kawasan
riadah, pasar malam dan sekolah
* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di
kawasan skim perumahan awam
* Pengambilan tambahan 50,000 anggota
Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk
membantu PDRM membuat rondaan dan
menjadikan kawasan persekitaran lebih
selamat
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
* Menambah jumlah wanita yang terlibat
dalam proses membuat keputusan
nasional
* Menggalakkan kesamaan gender untuk
memaksimumkan potensi rakyat Malaysia
dalam semua bidang, tanpa mengira
jantina
* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes
dan ruang bagi menambah pendapatan
untuk wanita supaya mereka lebih
berkeupayaan untuk berdikari
* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk
inisiatif bekerja dari rumah, dengan
penekanan yang lebih besar kepada
golongan ibu tunggal
* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia
di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat
Berkaitan Kerajaan (GLC) serta
menggalakkan sektor swasta untuk
melakukan perkara yang sama
* Mengetatkan undang-undang untuk
mencegah kejadian penderaan dan
gangguan seksual di rumah dan di tempat
kerja
11. Memenuhi Aspirasi Belia:
* Memperuntukkan tabung latihan dan
insentif kepada belia yang mahu
melakukan usaha niaga komersial
* Menyediakan ruang komersial di dalam
pusat membeli belah selama sehari pada
setiap bulan untuk golongan belia
mempamerkan dan memasarkan produk
kreatif dan perkhidmatan mereka
* Mewujudkan inkubator bagi memupuk
kualiti kepimpinan dan kreativiti
* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan
menerusi aktiviti kesukarelawan dalam
1M4U
* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI
percuma dengan penekanan kepada
kawasan luar bandar dan separa bandar
* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi
tinggi di peringkat serantau dan
antarabangsa serta mempromosikan gaya
hidup yang lebih sihat
* Mengkaji semula undang-undang
berkaitan hiburan untuk promosi seni
persembahan dan kebudayaan
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:
* Memperhalusi dan menambah baik
jaringan bantuan keselamatan menerusi
sistem pangkalan data yang bersepadu
* Menyediakan bantuan kewangan dan
peluang pendidikan untuk golongan
berpendapatan rendah tanpa mengira
kaum
* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur
menjadi zon mesra golongan orang buta
supaya kawasan itu menjadi zon contoh
yang bakal mendorong lebih banyak
tempat seumpama itu disediakan bagi
memenuhi keperluan golongan kurang
upaya di tempat-tempat lain
* Mewujudkan mahkamah khas yang
mempunyai status yang sama dengan
Mahkamah Tinggi di bawah sistem
kehakiman sedia ada, yang mana hakim-
hakim akan dibantu oleh penasihat-
penasihat yang dipilih dalam kalangan
ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-
isu tanah pribumi
* Mewartakan semua tanah adat menerusi
perundingan bersama kerajaan-kerajaan
negeri
* Menyediakan lebih banyak peluang untuk
menjana pendapatan dalam kalangan
komuniti pribumi dan meningkatkan
bilangan pengambilan pribumi ke dalam
pendidikan vokasional, kolej dan universiti
* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan
gerakan masyarakat sivil
13. Mempromosikan Agama Islam,
Kebebasan dan Keharmonian Agama:
* Mendukung Islam sebagai agama
Persekutuan serta mempromosikan syiar
dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid
Syariah
* Memastikan agama-agama lain diamalkan
dalam suasana aman dan harmoni
* Isu-isu berkaitan dengan golongan
bukan Islam diletakkan di bawah bidang
kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana
Menteri
* Mempromosikan prinsip kesederhanaan
(wasatiyyah) dalam semua pendekatan
* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan
ummah
* Menjana pendapatan daripada
pembangunan tanah wakaf dengan
kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-
negeri
* Menaikkan pengecualian cukai untuk
sumbangan ke atas pembinaan,
membesarkan dan memulihara rumah-
rumah ibadat
* Meneruskan peruntukan tanah untuk
pembinaan rumah ibadat
* Menyediakan lebih banyak bantuan
kewangan kepada institusi-institusi agama
berdaftar dan rumah-rumah ibadat
* Mempromosikan kebajikan imam,
pegawai masjid dan guru Kafa dengan
menyediakan gaji berasakaan
perkhidmatan dan kenaikan gaji
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama
Rakyat dan membenarkan para pelajarnya
mendapat akses kepada pendidikan
berkualiti dan infrastruktur pendidikan
kerajaan
* Menyediakan bantuan kewangan kepada
Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
14. Memerangi Gejala Rasuah:
* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur
perolehan kerajaan dengan mendedahkan
kontrak kepada awam
* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi
penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan
SPRM yang akan bertanggungjawab
terhadap perkhidmatan dan pengambilan
kakitangan
* Menaik taraf kedudukan Ketua
Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke
satu peringkat yang lebih tinggi
* Memberikan penekanan yang sama rata
terhadap siasatan dan tindakan yang
dilakukan ke atas pemberi dan penerima
rasuah
* Akses yang cepat kepada Laporan Audit
Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan
segera
* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas
Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan
untuk kes-kes rasuah
* Melaksanakan akujanji integriti untuk
ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam,
Menambah Baik Tadbir Urus
* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif
untuk penjawat awam, termasuk
menyemak semula elaun dan menyediakan
pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus
kepada mereka yang mencapai gaji
maksimum jika pada waktu tiada semakan
gaji dilakukan
* Penambahbaikan skim perkhidmatan
awam dengan menyediakan lebih banyak
peluang kenalkan pangkat dan
pembangunan bakat serta memastikan
kualiti kehidupan penjawat awam
terpelihara
* Melanjutkan tempoh kontrak para
pegawai dan menyerap kakitangan yang
cekap ke dalam perkhidmatan tetap
* Memperluaskan Pusat Transformasi
Bandar ke semua bandar dan pekan utama
* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi
memastikan penyampaian perkhidmatan
awam yang cemerlang
* Menggerakkan dan memperkasa
perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-
pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan,
bagi memenuhi permintaan dan
keprihatinan rakyat
* Menambah baik kaunter perkhidmatan
menerusi pelantikan anggota-anggota
barisan depan daripada pelbagai kaum dan
memperluaskan perkhidmatan online
untuk urusan pembayaran dan
permohonan
* Memperkenalkan program-program
pengambilan pekerja untuk memastikan
keseimbangan antara kaum dalam
perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC)
* Meningkatkan potensi, kemampuan dan
kapasiti semua penjawat awam tanpa
mengira kaum dan jantina
* Memberikan perhatian yang istimewa
kepada orang kurang upaya untuk
memanfaatkan potensi dan kemampuan
yang mereka miliki
16. Gerakan Kesederhanaan Global:
* Berjuang untuk penubuhan sebuah
negara Palestin
* Menyokong usaha menjadikan Asean
sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun
2015
* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan
utama dalam keamanan serantau dan
keselamatan antarabangsa melalui dasar
kesederhanaan
* Meningkatkan hubungan ekonomi dan
kepentingan bilateral dengan Negara rakan
dagang utama dan ekonomi negara
sedang membangun
* Membentuk Dasar Luar yang menyokong
kepentingan-kepentingan strategic politik,
ekonomi dan keselamatan kita
* Mengetuai usaha menentang jenayah-
jenayah rentas sempadan seperti
penyeludupan manusia dan dadah
* Memperbanyakkan program 'outreach'
kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik
seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand,
Mindanao dan di mana sahaja
17. Memulihara Sumber Semula Jadi:
* Menawarkan insentif kewangan kepada
premis komersial dan persendirian yang
melabur dalam sumber-sumber teknologi
hijau yang boleh diperbaharui seperti
tenaga suria dan biomas
* Memperuntukkan lebih banyak ruang
untuk kawasan hijau di bandar-bandar
utama
* Memulihara sungai dan anak sungai
menerusi pertambahan peruntukan
kewangan dan undang-undang yang lebih
ketat, selain memperhebatkan usaha itu
melalui program khas UNDP dan Sungai
Nadi Kehidupan
* Menambah program pendidikan untuk
menyemai sikap mencintai alam sekitar
* Memulihara hutan dan melaksanakan
program penanaman semula hutan
* Menguatkuasa undang-undang yang
ketat dan dikemas kini untuk mencegah
kegiatan penerokaan secara haram di
kawasan-kawasan strategik dan utama
* Menggunakan teknologi hijau dan
terbaharu dalam pengurusan sistem
pepejal — Bernama

Wednesday, April 3, 2013

TMJ UNDUR DIRI JADI PRESIDEN PBNJ

BERIKUT KENYATAAN PENUH TUNKU ISMAIL:
"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan
bahawa saya telah membuat keputusan dan
mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan
dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Darul Takzim, dan juga hasil daripada
perbincangan bersama Penasihat Undang-
undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan
jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan
Bolasepak Negeri Johor.
Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan
jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden
dan pada masa yang sama saya juga adalah
Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk
saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri
Johor yang sentiasa terikat dengan undang-
undang dan peraturan FAM.
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk
menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung,
serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut
hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota
Johor adalah selayaknya memegang jawatan
sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan
saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih
banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan
bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ
termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan,
kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-
pemain di samping dapat membuat keputusan
yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan
di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua penyokong
bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah
air yang mana telah bersusah payah beramai-
ramai memberi sokongan yang tidak terbatas
kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama
ini. Sokongan padu daripada anda semua
amatlah saya hargai dan saya harapkan agar
ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan
adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh
terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.
Untuk makluman semua, jawatan Presiden
Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim
selepas ini akan disandang oleh Datuk Obet Bin
Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap
anda semua dapat memberi sokongan yang
penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu
risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama
anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan
juga saya akan sentiasa memantau dan
mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola
sepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi
sehinggalah ke peringkat yang lebih global.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan
terima kasih atas sokongan penyokong-
penyokong bolasepak negeri Johor yang selama
ini menyokong dan memberi kepercayaan
kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ.
Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para
penyokong akan sentiasa berterusan demi
menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain
bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarhakatuh."