Tuesday, January 29, 2013

Pesta dadah artis indonesia

Hasil siasatan mendapati lima daripada
17 orang yang ditahan ketika sedang berpesta
dadah di rumah pelakon dan pengacara terkenal
Indonesia, Raffi Ahmad semalam, positif dadah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Balai Narkotika
Nasional (BNN).
Namun, BNN masih belum membebaskan 12
tahanan yang lain termasuk penyanyi, Irwansyah
dan isteri serta Wanda Hamidah.
Kabag Humas BNN, Sumirat memberitahu,
siasatan akan dilakukan selama tiga hari dan
tempoh tersebut boleh dilanjutkan.
"Siasatan bertujuan mengetahui peranan setiap
orang yang berada di tempat kejadian.
"Tempoh siasatan boleh dipanjangkan untuk
menentukan status masing-masing. Paling lama
enam hari," katanya.
Dalam pada itu, Raffi dan semua rakannya
terpaksa tinggal di lokap untuk siasatan tersebut.
"Siapa yang sediakan tempat, siapa yang
sediakan barang bukti, siapa yang sediakan ganja
dan siapa yang mengatur majlis itu... sekarang
sedang disiasat," katanya

Wednesday, January 23, 2013

penyerahan bantuan awal persekolahan 2013 sek.padang melangit perlis

Suasana penyerahan bantuan awal persekolahan  di sekolah kebangsaan padang melangit perlis.tiap seorang murid mendapat rm  100.penyerahan disempurnakan oleh yb sabri ahmad adun santan merangkap exco kerajaan negeri perlis.terimakasih daun keladi

Tuesday, January 22, 2013

Buanglah sampah (bukan bayi) di tempat sampah

Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad
membungkus dan mencampakkan bayi luar
nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH),
kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu
lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh
berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal
dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai
bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas
mengadu sakit perut.
"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis
itu bergegas ke tandas berhampiran dan
terkejut ketika sedang membuang air besar
melihat bayi perempuan yang dikatakan
cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,"
katanya kepada pemberita
di Kuantan semalam.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat
keadaan bayi perempuan itu sudah tidak
bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik
dalam tong sampah sebelum membungkus
mayat bayinya dan membuang dalam tong
sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak
selamba ketika berjalan keluar dari tandas
berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor
yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati
perut gadis berkenaan kempis sebelum
memanggil seorang jururawat dan meminta
menjalankan pemeriksaan di dalam tandas
yang dikunjungi gadis itu.
"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit
menemui beberapa titik darah berhampiran
tong sampah sebelum membuka tong itu lalu
melihat plastik dipenuhi darah bersama
mayat bayi berkenaan," katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan
mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit
menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis
menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu
berusia enam bulan dan disahkan meninggal
dunia ketika dalam kandungan namun punca
kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun
Keseksaan kerana menyembunyikan
kelahiran.

Monday, January 21, 2013

Wednesday, January 9, 2013

Monday, January 7, 2013

Langgar pantang

Tak pasal pasal yang jadi korban adalah sang anak.masing masing curiga
darah daging siapa sang anak itu?suami atau boyfriend?

Isteri curang ketika berpantang parah dibelasah suami KANGAR 6 Jan.utusan melayu
- Seorang suri rumah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak
kedua, cedera parah dibelasah suaminya yang terserempak wanita itu
berpelukan dengan lelaki lain di rumah mereka. Kejadian berlaku di
rumah sewa pasangan suami isteri itu di Kampung Repoh di sini
kira-kira pukul 5 pagi semalam. Difahamkan, wanita berusia 27 tahun
itu cedera selepas dipukul menggunakan objek keras seperti kerusi,
lesung batu dan bingkai gambar oleh suaminya, seorang pekerja kontrak
berusia 40 tahun.