Tuesday, July 31, 2012

suami syaleza jaffar eksekutif pentadbiran tv9 di reman


Polis menahan suami kepada Eksekutif
Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi
membantu siasatan kes kematian wanita
itu yang mayatnya dikatakan ditemui
tergantung di dalam biliknya di Apartmen
Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun
Hamzah berkata, suami mangsa yang
berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat,
Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi
membolehkan siasatan terperinci dilakukan
terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes
kematian Syaleza di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza)
di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke
sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk
siasatan lanjut dan reman seminggu
bermula hari ini," katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Selangor di sini hari ini.

Monday, July 30, 2012

eksekutif pentadbiran tv9 dibunuh keluarga terdekat?

blog lantak hangpa



Ketua Polis Selangor mengesahkan punca
kematian eksekutif pentadbiran wanita
stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui
di kediamannya di Apartment Saujana,
Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat
lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah
berkata laporan bedah siasat ke atas mayat
Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh
menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh
bernafas dan terdapat kesan jerutan di
sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati
akibat dijerut dan bukannya menggantung
diri, namun kita masih menjalankan siasatan
terhadap perkara itu," katanya pada sidang
media di Shah Alam.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan
anggota keluarga terdekat mangsa di
Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam
tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah
daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya,
Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman
dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak
mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas
bilik itu sebelum membawa turun mayat
isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus
dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh
suami mangsa dan Syaleza disahkan
meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada
enam beradik dan mempunyai seorang
cahaya mata berusia dua tahun.
-Bernama

Sunday, July 29, 2012

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

Macam malam ikut siang Macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi (Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia TR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia

Saturday, July 21, 2012

PENIAGA DAN PEMBELI DI PASAR BORONG KANGAR TEMPAH BAHAYA?

Korang lihat saja keadaan puing puing bekas tapak bangunan pasar borong yang terbakar beberapa waktu yang lepas.amaran pun dah diberikan

Pengunjung dan peniaga pasar borong kangar menempah bahaya.ekoran masih menjalankan aktiviti jual beli di atas tapak bangunan pasar borong yang terbakar tanpa memandang aspek keselamatan.

Friday, July 20, 2012

anak bulan ada berapa?!

Dalam terminologi
astronomi, anak bulan
(atau hilal dalam bahasa
Arab) merupakan fasa
bulan yang berlaku
apabila Bulan, dalam
gerakan oerbit
bulanannya mengelilingi
Bumi, berada di antara
Bumi dan Matahari,
maka berada sebaris
atau bersilangan dengan
Matahari jika dilihat dari
Bumi. Pada ketika ini,
bahagian yang gelap
(yang tiada cahaya
matahari) bagi
permukaan Bulan akan
menghadap ke arah
Bumi, maka, Bulan tidak
kelihatan melalui mata
kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan"
adalah bulan sabit pertama yang
kelihatan, iaitu selepas persilangan
dengan matahari. Ini lazimnya
mengambil tempat di ufuk barat
dalam waktu yang sekejap antara
waktu terbenamnya matahari dan
terbenamnya bulan, lalu masa dan
tarikh kemunculan anak bulan ini
akan dipengaruhi oleh kedudukan
geografi pencerap. Anak bulan
secara astronomi, atau bulan gelap
untuk mengelakkan kekeliruan,
berlaku ketika persilangan dalam
longitud gerhana dengan Matahari,
iaitu apabila Bulan tidak kelihatan
dari Bumi. Waktu itu adalah unik
dan tidak bergantung kepada
kedudukan, dan dalam keadaan
tertentu, akan kebetulan dengan
gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah
bulan sabit muda yang
menandakan bermulanya bulan
dalam kalendar lunar seperti
takwim hijrah, dan kalendar
lunisolar seperti kalendar Ibrani,
Hindu dan Buddha.source:wikipedia

Wednesday, July 18, 2012

GEMPAQ:KRISIS EKONOMI ,KELUARGA RAJA DIPAKSA BERJIMAT!!!

Terpaksa,kalau tak marah rakyat satu negara.
TEMPO.CO, Madrid - Raja Sepanyol Juan
Carlos, Ratu Sofia, dan keluarganya
mengalami pemotongan gaji sebagai
sebahagian dari pusingan terkini tindakan
penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan
negara itu. Populariti keluarga kerajaan
telah berkurangan dalam beberapa bulan
terakhir setelah beberapa siri skandal.
Tindakan termasuk pemotongan pakej
bantuan 65 bilion euro dan kenaikan cukai.
Langkah ini diumumkan kerajaan minggu
lalu.
Raja Juan Carlos akan menerima
pengurangan pendapatan sebanyak 20.900
euro pada tahun ini, menurut versi terbaru
anggaran kerajaan 2012 yang diintip media
pada Selasa. Putra dan pewaris takhta,
Putera Felipe, akan mengalami pemotongan
gaji sekitar 10.500 euro. Rata-rata,
pendapatan mereka berkurang 7.1 peratus.
Dalam langkah penjimatan baru-baru ini,
kerajaan juga memutuskan mengurangkan
bonus Natal bagi pegawai negeri sipil, yang
berjumlah sekitar 7 peratus daripada
pendapatan mereka.
Ahli keluarga lain seperti Ratu Sofia dan
Putri Leticia, isteri Felipe, juga akan
menerima wang lebih sedikit daripada
anggaran. Rumah tangga kerajaan
menganggarkan langkah yang akan
membantu memotong antara 90.000 -
100.000 euro (setara US $ 109,9 ribu - US $
122,1 ribu) daripada anggaran tahun ini,
yang sudah turun pada tahun 2011.
Raja Juan Carlos beberapa waktu lalu jadi
bulan-bulanan media kerana dianggap tak
peka terhadap krisis ekonomi yang melanda
negara. Yang paling membuat awam marah
adalah pemergiannya memburu gajah di
Botswana pada saat satu daripada empat
orang Sepanyol kehilangan pekerjaan.
Pemotongan gaji mendapat sambutan
pelbagai dari masyarakat. Beberapa
menyatakan "kasihan" sementara yang lain
bertanya-tanya bagaimana mereka
membayar perjalanan safari seterusnya

Tuesday, July 17, 2012

Paras air empangan air di selangor kritikal?

Korang perhati je angka angka kat bawah ni,patutkah ada catuan air?kalau korang tak caya buktikan sendiri luangkan masa sikit wat lawatan ke empangan yng dekat dengan rumah korang.

Wednesday, July 11, 2012

Gempak!!Piala AFF 2012 malaysia satu grup dengan indonesia dan singapura!!

Putaran final turnamen bola sepak terpanas
Asia Tenggara ini akan digelar di Thailand
dan Malaysia, akhir tahun 2012 nanti.
Inilah hasil lengkap undian piala AFF 2012.
Grup A : Vietnam, Filipina, Thailand, pasukan
hasil kualifikasi
Grup B : Indonesia, singapura, Malaysia, pasukan
kualifikasi

Monday, July 9, 2012

Gambar pasangan bersamurai mengamuk di JPM Putrajaya





PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang
telah ditembak di luar kompleks
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
selepas dia dilihat menghunus
pedang samurai, telah meninggal
dunia.
Lelaki terbabit bersama dengan
seorang wanita, muncul di pos
keselamatan kompleks Perdana
Menteri di sini kira-kira pukul 2.30
petang, Isnin, kerana mahu
memasuki kompleks tersebut.
Mereka dilihat mengunus-
hunuskan pedang dengan cara
agresif.
Anggota polis bergegas keluar dari
pos keselamatan dan cuba
bercakap dengan pasangan yang
kelihatan gelisah.
Ketika polis sedang berbual dengan
pasangan itu, satu pasukan anti-
jenayah tiba.
Saksi berkata, selepas gagal untuk
menenangkan pasangan itu, polis
melepaskan tembakan pada lengan
kiri lelaki manakala wanita itu
ditembak di kaki kiri.
Kedua-dua mereka dibawa ke
Hospital Putrajaya di mana lelaki
itu kemudian meninggal dunia.star

Thursday, July 5, 2012

sah uncle seekers kena tangkap!!!


dah kena tangkap dah?gua pun dengar/baca kat blog blog otai yang kata dia dah ditangkap di negeri sembilan dan dihantar ke johor kerana repot polis dibuat di johore.terus apa episod selanjutnya?kalau korang nak tahu jenis apa orang yang bernama uncle seekers ni korang baca je blog dia dari awal lagi,korang boleh nilai sendiri.




Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA
(malaysiakini)
Penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-
Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle
Seekers ditahan polis di plaza tol Senawang,
Negeri Sembilan pada malam tadi.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah
Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki itu
ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen
8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Kami menahan seorang lelaki dipercayai
pemilik laman blog Uncle Seekers
(www.uncleseekers.blogspot.com). Dia
ditahan pada pukul 9.45 malam, 4 Julai
(semalam).
Katanya lagi, polis akan mendapatkan
perintah reman ke atas lelaki berkenaan pada
petang ini.
Anak kepada penulis buku politik popular
Syed Hussein Alattas itu kini ditahan di lokap
polis Air Molek, Johor, katanya.
Dalam operasi di Senawang pada malam tadi,
polis turut menahan seorang wanita berusia
26 yang berada bersama lelaki berkenaan,
tambahnya.
Tiga puluh individu pada Ahad lalu
dilaporkan menuntut supaya siasatan
dijalankan ke atas pengamal paranormal itu
supaya berhubung penyiaran tulisan
kontroversi dalam blog tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog
berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan
mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan
Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa
supaya menutup blog yang didakwa
menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak
menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed
Abdullah.
Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas
mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed
Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu
menyalak semahunya. Saya tahu
kebenarannya, rakyat Johor juga tahu
kebenarannya.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada
(dakwaan) karut," katanya ketika menjawab
satu soalan yang diajukan seorang
pengikutnya di Twitter.

Wednesday, July 4, 2012

Harga petrol turun!!!!mulai esok

Harga jualan runcit petrol RON97
diturunkan sebanyak 20 sen seliter
kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.Dalam satu kenyataan hari ini,Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga
minyak di pasaran bagi Jun 2012
telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan
bersetuju untuk mengurangkan
harga runcit petrol RON97 bagi Julai
2012 bermula esok.
Harga jualan runcit petrol RON97
pada dasarnya ditetapkan secara
apungan terkawal di mana harga
bulanannya akan diubah mengikut
harga pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan
harga jualan runcit petrol RON97
sebanyak 10 sen seliter kepada
RM2.80 pada 6 Jun lepas.
-Bernama

5 musuh facebook dan twitter di cina

Dari 513 juta pengguna internet di China,
lebih dari setengahnya mengakses jejaring
sosial lokal yang terus mengalami
pertumbuhan. Ada 5 situs jejaring sosial,
yang bagi masyarakat lokal, tak kalah populer
dengan Facebook dan Twitter.
1. Sina Weibo
Jejaring sosial macam apakah Sina Weibo?
Untuk mempermudah, ini adalah jejaring
sosial yang berbasis aliran informasi seperti
Twitter. Sina Weibo menjadi pemimpin di
ranah media sosial, dan menjadi platform
penting bagi 22% populasi pengguna
internet di China. Penggunanya dua kali lebih
banyak ketimbang pengguna Twitter di
China.
Sina Weibo kerap digunakan untuk
melontarkan wacana sosial dan aktivitas
pemasaran. Para selebriti China pun
menggunakannya untuk berkomunikasi
dengan penggemar.
Hebatnya Sina Weibo, ia memungkinkan
pengguna untuk memasukkan gambar dan
video, sesuatu yang saat ini mulai
dikembangkan oleh Twitter.
2. Renren
Dibangun pada 2005 dengan nama Xiaonei,
dan diperuntukkan kepada para mahasiswa.
Xiaonei kemudian berubah nama pada 2009
menjadi Renren.
Renren sering disebut Facebook versi China,
yang kini tak hanya digunakan oleh kalangan
mahasiswa. Dengan 147 juta pengguna
terdaftar dan 31 juta pengguna aktif per
bulan, Renren siap menjadi jejaring sosial
penduduk berpendidikan tinggi di China.
3. Tencent
Tencent dianggap sebagai platform untuk
massa dan pada dasarnya dibangun untuk
layanan Instant Messaging QQ. Dengan akun
QQ, pengguna mendapat akses untuk semua
layanan Tencent. Sifatnya seperti pusat media
sosial.
Jejaring sosial milik Tencent yang bernama
Pengyou, memiliki jumlah pengguna yang
lebih rendah jika dibandingkan dengan
pengguna aktif Weibo dan Renren. Namun,
karena Tencent memilliki beberapa platform,
sampai saat ini ia masih mempertahankan
status komunitas terbesar di China dalam hal
pengguna terdaftar belaka.
4. Douban
Douban merupakan forum populer di
kalangan intelektual yang khusus mengulas
buku, musik, dan film. Ada 80 juta pengguna
terdaftar dan 60 juta pengguna aktif per
bulan.
Sebuah riset mengatakan, pengguna Douban
mengakses sekitar 80% konten di situs
tersebut.
Selain Douban, ada dua situs forum lain yang
sedang tumbuh dan terbilang pendatang
baru. Yang pertama adalah Diandian, yang
dikenal sebagai Tumblr versi China. Didirikan
pada 2010, kini Diandian telah memiliki 5
juta pengguna terdaftar. Yang kedua adalah
P1.cn, yang telah memiliki 2,7 juta pengguna.
5. WeChat
WeChat sebelumnya dikenal dengan Weixin,
sebuah aplikasi teks dan suara dengan fitur
sosial yang berjalan di perangkat mobile.
Mereka memanfaatkan penetrasi pengguna
perangkat mobile di China, yang 69%
penduduknya mengakses internet dengan
perangkat mobile. WeChat kini berjalan di
perangkat bersistem operasi iOS dan
Android.
Wechat terus menambahkan fitur jejaring
sosial di produknya, termasuk berbagi foto
dan fitur menemukan teman. Saat ini Wechat
digunakan oleh lebih dari 100 juta
pengguna.
Mereka pun memperkaya produk dengan
mengembangkan layanan Jiepang, sebuah
aplikasi mirip Foursquare. Ada pula aplikasi
untuk orang pacaran bernama Momo.
Keduanya mendapat sambutan yang cukup
dari para penggunanya.
Perlu diketahui, situs jejaring sosial di China
haruslah mematuhi peraturan pemerintah
tentang larangan mempublikasi konten yang
dianggap meresahkan dan mengganggu
stabilitas nasional. (*)
Editor : Sofyan Akbar
Source : Kompas.com

Sunday, July 1, 2012

uncle seekers hina raja?

Blog uncle seekers hina raja?JOHOR BAHARU: Tiga puluh individu hari ini
membuat laporan polis terhadap pengamal
paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas
atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers
berhubung penyiaran artikel dalam blognya
yang dikatakan berunsur provokasi,
hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis berkenaan dibuat pada jam
12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di
sini bagi memohon pihak berkuasa
menjalankan siasatan terhadap blog
uncleseekers.blogspot.com yang turut
berunsur mengaibkan Tunku Mahkota
Johor, pemimpin dan penjawat awam
kerajaan Johor.