Monday, October 31, 2011

anak sosilawati lawiya jutawan kosmetik selamat bertunang


KUALA LUMPUR, 31 Okt — Anak sulung
jutawan Allahyarham Datuk Sosilawati
Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26,
bertunang dengan Kamarulazlan Mohamad
Hanafiah, 35, di rumahnya di Gombak dekat
sini malam tadi.
Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit
Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau
Rita dengan Kamarulazlan menamatkan
spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana
Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle
Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah
dikaitkan dengan beberapa individu.
Sosilawati ditemui mati dibunuh bersama
tiga yang lain di kawasan Banting tahun lalu.

Friday, October 28, 2011

tiket mahal punya pasal,laman web fam kena godam?

Screenshot laman web fam yang telah digodamPETALING JAYA: laman web Bola Sepak
Association of Malaysia (FAM) telah
dirosakkan, dengan penggodam yang
berubah-ubah logo dan
posting vulgarities pada halaman web.
Hacker menuntut bahawa harga tiket untuk
Malaysia esok perlawanan akhir Piala BE
dikurangkan.
FAM telah menaikkan harga tiket bagi
Terengganu-Negri Sembilan perlawanan
dari
RM30 hingga RM50.
Hacker menyifatkan keputusan itu sebagai
"Tidak logik", memanggil FAM kapitalis.
Satu laporan dalam talian daripada Bahasa
Malaysia
setiap hari kira-kira isu harga tiket juga
dimasukkan ke dalam halaman.
Laman dirosakkan dikreditkan UM'07,
cr3ws,
gaysec dan anti-p4sti untuk hack.
Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa
polis
menyiasat insiden di mana empat lelaki
ke atas motosikal dilemparkan lima paket
merah
cat di premis FAM di Kelana Jaya.

Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad

Penyimpan Mohor Besar Raja-
Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad
mengumumkan malam tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja, dengan ini saya
mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi
negeri-negeri seluruh Malaysia telah
ditetapkan pada hari Ahad, 6 November

2011,”

Sunday, October 23, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais - Bungaku Di Petik Orang


selamat jalan biduan pujaan

Friday, October 7, 2011

intipati bajet 2012

INTIPATI BAJET 2012
Jumlah bajet - RM232.8
bilion
Perbelanjaan Operasi -
RM181.6 bilion
Perbelanjaan
Pembangunan - RM51.2
bilion
Tahun lalu, perkembangan pelaburan
langsung asing (FDI) Malaysia paling
kukuh di Asia bagi enam bulan pertama
tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
Kerajaan menjangkakan pertumbuhan
ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5
peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan
bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6
peratus, meskipun ekonomi global
diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan
diturunkan kepada 4.7 peratus daripada
GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011.
Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4
peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus
pada 2010.
Peruntukan rancakkan
pembangunan
Kerajaan memperuntukan
RM978 juta untuk
merancakkkan
pembangunan untuk lima
projek: (1) lebuh raya JB-
Nusa Jaya, (2) muzium
warisan Taiping, (3) projek
agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit
Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan
duti eksais bagi mengimport kereta hibrid
serta elektrik akan dilanjutkan sehingga
2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk
penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah
kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan
masing-masing kepada sekolah jenis
kebangsaan (Cina), sekolah jenis
kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh,
sekolah agama bantuan kerajaan dan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian
runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan
sebelum Felda GVH disenarai di Bursa
Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha
mengumpul dana menjadikan Felda syarikat
konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf
infrastuktur bekalan air di kawasan Felda
terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan
rendah dan menengah di semua sekolah
kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi
kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan
sebagainya. Semua ini bermula penggal
sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan
menikmati kenaikan pencen tahunan
sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58
kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji.
Ini bermakna, penjawat awam akan
mendapat gaji maksimun lebih tinggi,
sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan
gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan
khas akan diberikan
untuk perbelanjaan
pembangunan polis,
meliputi projek
perumahan anggota, penambahbaikan balai
dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada
angggota keluarga, duda dan balu anggota
berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super
tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya
bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal
RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi
kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya
bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar
RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga
rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke
bawah yang akan memanfaatkan 100,000
isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman
RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima
tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi
RM20,000 untuk pembelian Program Rumah
Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau
tinggal di rumah usah boleh dapatkan
pembiayaan untuk membeli rumah
berharga RM65,000 dengan harga
RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk
program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan
cukai jualan ke atas pembelian teksi baru
buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan
cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih
tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet
milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi
melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh
tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi
berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan
RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial
dikenali Anjung Singgah sebagai
perlindungan sementara kepada
gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250
dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12
peratus kepada 13 peratus bagi pencarum
yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan
ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan
seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan
peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda
daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji
dengan bayaran minimum RM 500 ringgit
untuk penjawat awam dan bayaran bantuan
RM500 ringgit kepada pesara kerajaan.
Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan
gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah
berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit
dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan
peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi
rumah yang layak hendaklah berdaftar
dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai
agensi pelaksana. Bantuan ini akan
disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi
kepada semua pelajar sekolah rendah dan
menengah dari Tahun Satu hingga
Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200
ringgit kepada semua pelajar warganegara
Malaysia di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, matrikulasi serta
pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan
Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan
Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf
empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar
serta mendalam Sungai Arau akan
dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian,
Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan
dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Tuesday, October 4, 2011

BUKAN KUMINTA LAHIR KEDUA(GAMBAR BAYI DICAMPAK)BUKAN KUMINTA LAHIR KEDUA(GAMBAR BAYI DICAMPAK)

Bayi kena demam campak itu biasa.tapi yang ni kena campak dari ketinggian puluhan meter.



Adun johol Negeri sembilan meninggal dunia


ADUN Johol meninggal dunia
4 Okt, 11 9:04am
ADUN Johol, Negeri Sembilan,
Datuk Roslan Md Yusof,
meninggal dunia jam 4 pagi tadi
di di Hospital Tunku Ampuan
Najihah Kuala Pilah dipercayai
akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham, yang berusia 58
tahun, dimasukkan ke hospital
itu untuk menerima rawatan
selepas mengadu sesak nafas
semalam.
Allahyarham
meninggalkan
isteri Datin
Zawayah
Marzuki, 53,
dan lapan
orang anak,
tiga lelaki dan lima perempuan
berumur 28 hingga 17 tahun.
Sebelum ini, timbul spekulasi
bahawa allahyarham
mempunyai masalah kesihatan,
sehingga pada 2009, Menteri
Besar Negri Sembilan Datuk Seri
Mohamad Hasan terpaksa tampil
membuat kenyataan bahawa
Roslan, yang mewakili Umno itu
telah meninggal dunia.
Menurut beliau, Roslan bercuti
selama sebulan untuk menjalani
rawatan fisioterapi di hospital
selepas menderita akibat sakit
tulang belakang kerana terjatuh
semasa bermain badminton.
Berikutan itu, beliau telah
menjalani pembedahan dan
fisioterapi di Hospital Kuala
Lumpur bagi membetulkan
tulang belakangnya awal tahun
ini.
Anak sulung Allahyarham, Mohd
Hafizi, 28, berkata jenazah
Allahyarham telah dibawa ke
kediamannya di No 6, Kampung
Berambai dan akan
dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Kampung
Cabang Dua, Johol, selepas
zohor.
Roslan, seorang bekas
guru yang mewakili BN
mula memenangi kerusi
Dewan Undangan
Negeri (DUN) Johol pada
pilihan raya umum 2004.
Pada pilihan raya umum 2008,
Naib Ketua Umno Bahagian
Kuala Pilah itu mengalahkan
calon PAS, Kamarudin Md Tahir
dengan majoriti 1,263 undi.
DUN Johol terletak di dalam
kawasan Parlimen Kuala Pilah,
yang turut mempunyai DUN
Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri
Menanti.
Tidak ada pilihan raya kecil akan
diadakan kerana Dewan ungan
Negeri telah melului tempoh dua
pertiga daripada penggalnya.
Kekosongan kerusi di Johol akan
diisi pada pilihan raya umum
akan datang