Wednesday, August 31, 2011

pro canselor UPSI meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Pro-
Canselor Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr
Abdul Shukor Abdullah
meninggal dunia di Taiping,
pukul 1.20 pagi ini.
Allahyarham berusia 67 tahun.
Laporan Bernama menyenbut,
jenazah Allahyarham dimandikan
dan disembahyangkan di Masjid
Al-Hidayah Assam Kumbang dan
kemudiannya dibawa ke
Putrajaya untuk dikebumikan
selepas solat Asar.
Pagi ini, Sultan Perak, Sultan Azlan
Shah dan Raja Muda Perak, Raja
Dr Nazrin Shah berangkat
menziarahi dan memberi
penghormatan terakhir, serta
bersama-sama
menyembahyangkan jenazah
Allahyarham.
Abdul Shukor ialah bekas Ketua
Pengarah Pendidikan.

Thursday, August 25, 2011

BUGIL LEBIH MUDAH DARIPADA CAKAP OMPUTIHBUGIL LEBIH MUDAH DARIPADA CAKAP OMPUTIH

Bintang filem Anne Hathaway
merasa sedikit lebih berani dan
mudah beradegan bugil
dibandingkan dengan beraksen
Inggeris Utara. "Saya lebih gugup
mengenai aksen itu daripada
tampil bugil," kata pemeran
Princess Dairy ini kepada Fox
News.com, Selasa, 23 Ogos 2011.
Memang dalam filem terbarunya,
One Day, Hathaway akan tampil
semi bugil. Itu adalah filem yang
diadaptasi dari novel terlaris
yang terbit pada tahun 2010,
hasil karya David Nicholls. One
Day bercerita tentang kisah
percintaan antara 2 orang yang
sempat terpisah selama 20
tahun.
Dalam filem itu, ada suatu
adegan yang memerlukan
Hathaway melepaskan pakaian
untuk pergi berenang
bertelanjang dada bersama-sama
dengan lawan mainnya, Jim
Sturgess, yang berperanan
sebagai seorang yang kaya raya
Dexter Mayhew. Selain itu, dia
juga harus beraksen Inggeris
Utara.
"Bagi saya, saat harus tampil
bugil, sekurang-kurangnya boleh
melakukan sit up berkali-kali
untuk persiapannya. Tapi tidak
dengan bertutur bahasa aksen
tempatan," katanya.
Hathaway meneruskan, mungkin
dirinya punya pengalaman yang
lebih sering untuk tampil
telanjang berbanding berpura-
pura sebagai orang Inggeris.
Sebab dia lebih cepat merasa
selesa saat tampil tanpa
berpakaian.
Demi menyelami peranannya itu,
bintang Devil Wears Prada ini
memilih untuk menggunakan
aksen ala Inggeris dalam
kehidupannya sehari-hari. "Saya
berharap suatu hari terbangun
dan boleh berbicara dengan
aksen itu. Tapi sayang, hal itu
tidak pernah terjadi."

Monday, August 15, 2011

Korang guna Mentega Pure Creamery Butter- Golden Churn sah tak halal?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) hari ini mengesahkan
mentega jenama ‘Pure Creamery
Butter-Golden Churn’ yang
dipasarkan di Malaysia adalah
tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman
Mustapha berkata keputusan itu
dibuat selepas mendapati
produk tersebut datang dari
kilang yang sama dengan yang
diedarkan di Sarawak walaupun
pengimportnya berbeza dan
untuk pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri
oleh wakil syarikat Ballantyne
Food dari New Zealand yang
mengeluarkan produk itu.
Sehubungan itu umat Islam
seluruh negara diminta untuk
tidak menggunakan produk
tersebut,” katanya dalam satu
kenyataan dipetik Bernama
Online hari ini.
Sehubungan itu juga, Othman
meminta pemegang dan
permohonan baru Sijil
Pengesahan Halal dari Jakim atau
jabatan agama Islam negeri yang
telah menggunakan produk
tersebut agar menukarnya
kepada yang mempunyai sijil
halal yang diiktiraf serta
mengemukakan resit pembelian
bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu
melakukan proses samak dengan
disaksikan jabatan agama Islam
negeri serta mengemukakan
bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga
telah dimaklumkan kepada
syarikat pengimport dan mereka
bersetuju menarik balik produk
terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama
Islam Sarawak mengisytiharkan
produk itu yang digunakan
segelintir pengusaha kek lapis
sebagai tidak halal kerana
dikesan mengandungi DNA babi,
menyebabkan industri makanan
itu terjejas.