Tuesday, June 28, 2011

WAJARKAH TOP UP TELEPON MUDAH ALIH PRABAYAR DIKENAKAN CUKAI?

Apa pendapat korang yang selalu top up tiga ringgit je tentang cukai yang akan dikenakan tiap kali korang top up?setuju?


Cukai Untuk Telefon Mudah Alih
Prabayar Masih Dibincang
KUALA LUMPUR, 28 Jun
(Bernama) -- Perbincangan
antara pengendali telefon mudah
alih tempatan dan kerajaan
untuk memindahkan cukai
perkhidmatan sebanyak enam
peratus kepada pengguna masih
berlangung, kata Timbalan
Menteri Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan Datuk Joseph
Salang Gandum.
Keputusan untuk mengenakan
cukai perkhidmatan prabayar
akan diputuskan oleh
Kementerian Kewangan
kemudiannya, kata beliau kepada
pemberita selepas menyaksikan
pemeteraian Memorandum
Persefahaman (MoU) antara
Packet One Networks (Malaysia)
Sdn Bhd (P1) dan China Mobile,
pengendali mudah alih terbesar
dunia di sini.
Dilaporkan syarikat-syarikat
telekomunikasi sedia bertemu
Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) bagi
membincangkan mengenai cukai
perkhidmatan prabayar yang
dirancang di Malaysia.
Sekiranya cukai perkhidmatan
disalurkan kepada pelanggan
prabayar di Malaysia, sebagai
contoh tambah nilai RM10 akan
hanya mengandungi RM9.40 nilai
panggilan dengan 60 sen
dikenakan sebagai sukai
perkhidmatan.
Bagaimanapun, Joseph Salang
berharap syarikat telekomunikasi
akan terus menyerap cukai
sebanyak enam peratus
memandangkan ini akan sedikit
sebanyak mengurangkan beban
pengguna.

No comments: