Wednesday, May 18, 2011

BIASISWA HSBC DITUTUP 8 JUNI 2011

Biasiswa HSBC Kini Dibuka
Untuk Permohonan
KUALA LUMPUR, 18 Mei
(Bernama) -- Pelajar Malaysia
yang berhasrat melanjutkan
pelajaran di institusi pendidikan
tinggi swasta dan awam
tempatan digalakkan memohon
Program Biasisiwa HSBC.
"HSBC tidak memerlukan ikatan
perkhidmatan dan kami
menawarkan latihan kepada
graduan berbakat berdasarkan
kepada bidang kajian mereka,"
kata Pengarah Eksekutif
merangkap Timnalan Ketua
Pegawai Eksekutif HSBC Bank
Malaysia Jon Addis dalam satu
kenyataan pada Rabu.
Biasiswa itu menawarkan
pembiayaan sehingga RM10,000
setahun bagi pemohon daripada
universiti atau kolej swasta, dan
sehingga RM8,000 setahun bagi
pelajar di universiti awam.
Mereka yang berminat boleh
melayari lamn web
www.hsbc.com.my bagi
maklumat lanjut.
Tarikh tutup bagi penerimaan
semua permohonan ialah pada 8
Julai, 2011.

No comments: